RPH


Rancangan Mengajar Harian



Hari / Tarikh  :  Rabu
Masa             :   10.30 – 11.00       
Kelas           : 3 Gemilang                                                                                                                                              
 Bilangan Pelajar :  32 orang                                                                         
Tajuk            : Adab Menghidang Makanan Dan Minuman
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam ( Adab )              
Objektif          :  Di akhir pelajaran murid-murid dapat :
1.    Menyatakan peralatan-peralatan menghidang makanan dan minuman.
2.    Menyatakan adab-adab semasa menghidang makanan dan minuman.
3.    Menyenaraikan adab-adab orang yang menghidangkan makanan dan minuman.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui peralatan-peralatan yang digunakan semasa menghidangkan makanan dan minuman.
Bahan Bantu Mengajar : LCD, Kad-kad Ayat.
Penerapan Nilai : Bantu-membantu, Kerajinan, Berdisiplin.
Kemahiran Berfikir : Menjana Idea, Kreatif

Masa /              Langkah

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran/
Pembelajaran


Catatan

Pendahuluan
( 2 minit )

Bacaan Doa
 -Murid membaca doa secara
Beramai-ramai.

-

Set Induksi
( 3 minit )

Paparan Pantun
-Murid diminta memberi perhatian.

-Guru membacakan pantun yang ditunjuk di LCD

-Guru mengaitkan isi kandungan pantun dengan tajuk yang  akan diajar.
-


Masa /
Langkah


Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran Dan
Pembelajaran

Catatan

Langkah 1
( 10 minit )

1 . Adab-adab menghidang makanan dan minuman.

2 . Adab-adab orang yang menghidang makanan dan minuman.

-guru membuka paparan adab-adab menghidang makanan dan minuman

-guru membuka paparan adab orang yang menghidang makanan dan minuman.

-guru meminta beberapa murid membaca peryataan yang dipaparkan

-guru memberi penerangan.


-komputer
(powerpoint)

Langkah 2

1 . Adab-adab menghidang makanan dan minuman.

2 . Adab-adab orang yang menghidang makanan dan minuman.


-guru menunjukkan kad adab-adab menghidangkan makanan dan minuman dan adab-adab orang yang menghidang makanan dan minuman.

-beberapa orang murid diminta membacanya.

-murid diminta menyatakan sama ada pernyataan yang dibaca adalah adab menghidang makanan atau adab orang yang menghidang makanan dan minuman.

-murid diminta melekatkan kad tersebut di papan putih.


-kad-kad

Penutup

( 5 minit )

Latihan bertulis

-Tulis BETUL pada adab-adab menghidang makanan dan minuman .


-murid diberi lembaran kerja dan membuat latihan dengan arahan guru.



-lembaran kerja


Masa /
Langkah

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran
Dan Pembelajaran


Catatan




-dua orang murid diminta memberi jawapan

-guru membuat ulasan terhadap jawapan murid.




No comments:

Post a Comment